Tshirt Karakter Johor (KrMJ)

Pemakaian tshirt karakter Johor atau tshirt KrMJ adalah digalakkan untuk digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum dan program-program di luar bilik darjah.

MATLAMAT
Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali.

OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor· Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi· Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti. Menjalinkan kerjasama, perpaduan  dan muafakat dalam kalangan murid Johor· Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan.

SASARAN
Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah menengah atau rendah.

Apa itu Karakter Murid Johor?

Inisiatif bagi memastikan murid sekolah di negeri Johor mempunyai jati diri utuh maka program Karakter Murid Johor (KrMJ) diperkenalkan.

Cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah memberi inspirasi kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji Shaharudin bin Sharif untuk malaksanakan Karakter Murid Johor (KrMJ).

Matlamat inisiatif KrMJ ini adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali di mana sahaja diperingkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan hala tuju KrMJ berada di landasan yang betul, lima objektif telah dirangka dengan rapi oleh JPNJ iaitu melahirkan murid berimej dan beridentitri Johor, membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi, membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti, menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor serta memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan.

Bermatlamat melahirkan akhlak terpuji, usaha memupuk KrMJ dilaksanakan melalui tiga fasa. Fasa pertama dimulai dengan keseragaman pemakaian T-shirt, budaya bersalam, lagu-lagu patriotik Johor dan amalan doa. Bacaan doa yang diselaraskan untuk semua sekolah negeri Johor telah direstui oleh Jabatan Mufti Johor. 

Penampilan sebagai Murid Johor dititikberatkan dalam fasa kedua melalui potongan rambut yang kemas selain tahu dan faham mengenai budaya Johor yang penuh dengan kesantunan. Pada fasa ketiga pula, budaya kepimpinan diterapkan kepada anak-anak murid di sekolah melalui aktiviti dan program kendalian mereka sendiri dan malaksanakan program-program kepimpinan.



Sumber :JPN Johor